Tuesday, January 31, 2012

Egg Tart Lagi....


Egg Tart lagi, fresh from oven yea!. Ini gara-gara tak puas makan egg tart yang mak tue buat hujung minggu yang lalu untuk makan keluarga. Seronok bila tengok adik, anak dan mak suka makan egg tart nie. Si kakak yang kurang suka egg tart (katanya egg tart kat kedai terlalu berasa 'telur' dan agak muak bila makan dan berbau telur), akhirnya menyuruh neneknya bekal kan dia 4 ketul egg tart nak bawa balik ke asrama. Berbunga hati mak tue sebab si anak suka dengan egg tart nie termasuk la si hero kecik. Satu perkara yang mak tue tak puas hati dengan egg tart nie kulitnya kurang menampakkan warna kekuningan. Agaknya kena letak warna kuning kot. Maaf la kualiti gambar kurang cantik mak tue amik guna kamera handphone aje.

Cik suami pulak beri komen yang kulit tart tu rapuh sangat katanya kena bagi dia keras sikit. Ermm bangga rasanya bila cik suami beri komen hehehe boleh la memperbaiki lagi. Bak pepatah "practice makes perfect"! Lepas nie boleh buat tart yang lain pulak untuk cik suami. Ermm makin bulat la perut suami mak tue hehhe..Kata orang tua-tua kalau si isteri pandai jaga suami tengok la perut nya - betul ke sebab perut cik suami memang gebu dari mula kawin lagi hehee tapi itu lah dunlop pillow kesayangan mak tue hehehe...

Tengah menaip entry nie telinga mak tue concentate dengar berita di TV3 mengenai isu Dr Hassan Ali. Lantang sungguh suara Dr Hassan Ali dan Hassan Basri. Alhamdulillah ada jugak pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan yang tidak lagi menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan di medan politik. Alangkah bagus nya jika semua pemimpin politik memperjuangkan Islam jangan biarkan bangsa kafir yang lain memperkotakkatikkan Islam. Tengok saja isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual sedih melihat pemimpin Islam yang seolah-olah mulut mereka telah di gam, tidak ada sebarang komen pun berkenaan isu ini. Tidak kah dalam al-Quran menglaknat perbuatan terkutuk itu. Mana perginya para ulamak dalam isu ini. Semoga Allah swt memberkati perjuangan Dr Hassan Ali. 

Si hero kecik dah datang maka mak tue kena lah stop di sini nanti sama naik nak menaip pulak. Ini pun dok menyelit tengok apa yang mak tue taipkan. Insyallah entry selepas ini ialah projek buat kuih lapis nyonya.... Jumpa lagi Assalamualaikum